Evolusi dan Sistematik Psittaciformes

Asal usul dan evolusi

Menurut pakar burung, asal usul burung parrot ini tidak begitu jelas. Kepelbagaian Psittaciforme di Amerika Selatan dan Australasia, dianggap evolusi order telah berlaku di sekitar Gondwanaland, yang terletak di tengah Australasia. Walau bagaimanapun, penemuan rangka parrot di dalam rekod fosil telah menimbulkan masalah dalam membuktikannya.

Berdasarkan mendapan serpihan daripada paruh bawah burung ini yang sepanjang 1002 mm (UCMP 143274) yang dijumpai di Lance Creek Formation di Niobrara County, Wyoming, telah dianggap fosil parrot tertua dan juga berkemungkinan telah wujud sejak zaman Cretaceous Akhir, kira-kira 70 juta tahun dahulu. Kajian demi kajian telah dibuat dan ramai pakar beranggapan bahawa fosil ini bukannya daripada fosil burung, tetapi daripada caenagnathid theropod atau dinasaur bukan avian yang mempunyai paruh seakan burung.

Kini, secara kasarnya, Psittaciformes atau pun burung-burung yang berkait dengan ordernya, telah dikatakan berasal daripada peristiwa kepupusan Cretaceous–Tertiary, yang berlaku lebih kurang 65 juta tahun dahulu. Jika ya, maka ianya mungkin belum berlaku evolusi morfologi autapomorphiesnya, tetapi merupakan burung arboreal, yang mana secara kasarnya menyerupai (tidaklah begitu ketara) potoo atau burung frogmouths pada hari ini (lihat Palaeopsittacus di bawah).